Tuesday 29 November 2011

Penalti Hidup...Score lah yg terbaik!!

Kisah Enam persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah s.w.t. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. DanTuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Andai seorang pemain diberi peluang untuk melakukan sepakan penalti pada saat2 genting,ini bermakna mereka harus memerah segala kudrat yg ada...demi meraih gol kemenangan...ha3...inilah hidup,penuh dugaan.


Namun kita lupa,setiap detik hidup kita adalah penalti yg diberikan oleh Allah Maha Pencipta bg meraih redhaNya.Seorang penjaga gol berusaha menangkis bola dari mengegar gawangnya,begitulah syaitan yg juga berusaha menghalang muslim dari mendapat redha Allah.

Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

ٍSebab itulah kita jgn mensia2kan peluang yg diberi Allah swt .Ramai yg menganggap perihal ini suatu yg remeh temeh.Kita selalu menunggu peluang kali kedua walaupun x pasti akan meraihnya."Orang yg berpeluang sekarang,berkesempatan lantas menunggu di hari kemudian adalah orang yg rugi".

إذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون....

lain2 ayat...

والعصر...إنّ الاءنسان لفي خسر

Hidup kena pandai marking,kanan atau kiri...x dapat jgn mengeluh panjang atau kecewa.Bila dah dapat jgn seronok sampai over2.Ade sorang abang tu pernah pesan kat musafir:

"Dapat ke x dapat,tu urusan Allah.Kita sebagai hamba patut bersyukur kerana diberi peluang dan nk sedarkan betapa kita ini adalah hamba yg sekadar shj."

Usaha, doa dan tawakal...usaha x semestinya dapat.Tengok!!sampai begini skali Allah nk uji kita.InsyaAllah, dpat punye...jgn risau.

إنّ الله لا يغير ما بقوم حتّى يغيروا ما بأنفسهم...
Masih terkinja2 memahami tujuan hidup??



Mampukah kita mencapai seperti mereka??



P/s:Musafir selalu kalau nk exam saat tu,time tu jgk terus musafir call mummy nk minx doakan agar dibukakan pintu hati.Ye laa...nk sejukkan/tenangkan hati katekan...Doa ibu mustajab tau.Try la...

P/s(2):Ade orang tanye musafir,"Habis tu,kalau time tu nk score gol, call emak kt umah la??"...Lantak ko            lah...hahaha...Wassalam.

Sunday 27 November 2011

Bahana Naluri Manusia...

Dikisahkan, seekor kura-kura hidup dengan seekor kala jengking. Keduanya menjadi sangat akrab. Pada suatu hari, terjadi sebuah peristiwa yang mengancam nyawa keduanya. Mereka terpaksa meninggalkan tempat itu. Kura-kura dan kala jengking pergi bersama-sama dan setelah menempuh jalan jauh, mereka sampai di sebuah sungai.

Ketika mata sang kalajengking menatap sungai di depannya, ia hanya diam dan berkata  kepada kawannya, "Tahukah kamu betapa aku sangat tidak beruntung?

Kura-kura dengan penuh kehairanan bertanya, " Kenapa? Ada apa?"

"Aku tidak dapat maju dan tidak dapat mundur. Jika aku maju, aku akan tenggelam di sungai, dan jika aku mundur, maka aku akan terpisah darimu," jawab sang kala jengking.

Mendengar jawapan kawannya itu, kura-kura berkata, "Jangan kau sedih, kita adalah teman, maka kita harus bekerjasam dan saling membantu dalam sedih dan bahagia. Aku dengan mudah dapat melewati sungai. Oleh  itu kau boleh menaiki punggungku dan bersama-sama kita mengharungi sungai ini. Janganlah khuatir kawan!"

Kala jengking berkata, "Semoga Tuhan membalas kebaikanmu wahai teman setiaku. Aku harus  membalas kebaikanmu suatu hari nanti."

Kemudian sang kala jengking menaiki punggung kura-kura dan bersama-sama mereka menyeberangi sungai itu. Namun tidak lama setelah itu, kura-kura merasakan ada sesuatu yang tengah mengorek-ngorek punggungnya.

Dengan rasa ingin tahu, sang kura-kura bertanya, "Ada apa sebenarnya? Gerangan apakah itu?"

Kala jengking menjawab, "Tidak ada yang perlu dikhuatirkan kawan, aku hanya mencari tempat yang tepat agar aku dapat menyengatmu."

Kura-kura sangat terkejut mendengar ucapan kalajengking dan berkata, "Betapa kau adalah makhluk yang sangat kejam dan tak berhati perut! Tatkala aku pertaruhkan nyawaku untuk menyelamatkanmu, aku persilakan kamu menaiku punggungku sehingga aku dapat menyelamatkanmu. Lantas kau akan menyengatku? Meskipun aku tahu bahawa sengatanmu tidak akan berkesan  padaku. Bukankah kau baru saja berkata tentang persahabatan? Lalu mengapa kau sekarang ingin mencabut nyawaku? Apakah erti pengkhianatan ini?"

Sang kala jengking menjawab, "Aku hairan sekali mendengar perkataanmu. Aku tidak hendak berkhianat padamu atau menginginkan keburukan terjadi padamu. Pada kenyataannya, ini semata-mata adalah naluriku. Api akan membakar segala benda bahkan teman-teman terdekatnya. Naluriku adalah menyengat, namun aku tidak pernah memiliki permusuhan denganmu. Aku adalah temanmu."

"Kau berkata benar. Ini semua adalah salahku, mengapa di antara semua haiwan yang ada, aku memilihmu sebagai temanku. Sebesar apapun aku berbuat baik kepadamu, kau tidak dapat melupakan nalurimu. Aku tidak ingin bersamamu. Kini aku sadar, lebih baik aku sendiri daripada berteman denganmu."

Setelah mengatakan sedemikian, kura-kura pun menyelam ke dalam sungai dan melanjutkan perjalanannya.

Sungguh x disangka,hal sedemikian akan terjadi.Namun apakan daya,naluri yg dianugerahkan adalah pemberian Allah.Segala pemberian Nya adalah berhikmah.

Bagaimana pula jika situasi di atas ditafsirkan dalam tatacara pergaulan antara manusia.Pernah x dengar Prasa "Kawan Makan Kawan"...beginilah situasinya...Harus difahami teman2 musafir sekalian,naluri manusia sukar dijangka.Jika berkesempatan maka sesiapapun x akan lepaskan peluang.Apakah kesempatan dalanm berkawan??Apakah kesempatan dalam berhubungan??Selain itu,bagaimana pula hubungan negara antara negara??

Namun perlu diingatkan,naluri adalah kadang2 betul dan kadang2 salah.Sebab itulah dijadikan Iman sbg pelindung bahkan benteng gerak hati manusia.

Jika kita bingung-sentiasalah 'download' doa agar ditenangkan hati...

P/s: Driwyatkan oleh Ibnu Umar :"bahawa Rasulullah SAW pernah menemui seseorang Ansar yg sdg menasihati saudaranya agar jgn memiliki sifat malu.Baginda pun lalu bersabda kepada yg menasihatinya itu:Biarkan dia memiliki sifat malu kerana malu itu sebahagian daripada iman."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim  

sumber asal radio indonesia...semoga dijadikan pengajaran

Thursday 22 September 2011

ADAB BERBICARA


Assalammualaikum...di sini musafir berbesar hati berkongsi dgn teman2 musafir sekalian mengenai adab berbicara.Musafir nukilkan petikan ini krana rentetan peristiwa yg telah menimpa kawan musafir semasa berpersatuan.Jika anda seorang yg banyak bercakap atau suka bercakap...musafir nasihatkan fahami petikan di bawah dulu yee...

Petikan ini musafir "copy drpd sebuah blog"....terima kasih kpdnya...


1. Semua perbicaraan harus kebaikan, dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan: 


“Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim) 



2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah ra: 
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud) 


3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

 
4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:

"Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami" (HR Muttafaq ‘alaih)

Moga sama2 dapat kita ambil manfaat darinya...Wallhua'lam



Monday 19 September 2011

Kenangan Sebagai Imam Jemputan

Barisan Pelajar Graduan MTAQ


Assalammualaikum....moga kita semua sentiasalah mengingati Allah swt.Kali ni musafir nk mengabadikan kenangan lalu musafir  bersama teman2  yg lain sebagai Imam Jemputan.Ni lah fisrt time musafir mengimami 20 rakaat solat terawih...blom pernah lg musafir buat tp dengan izin Allah swt lantas meyakini,Alhamdulillah....segalanya berakhir dgn baik.

Musafir akui sebenarnya sepanjang tempoh menjadi Imam,khidmat kami adalah kurang memuaskan namun kekurangan itu pd akhirnya kami jadikan iktibar.

Pendek citer...bertugas sbg Imam di Masjid Putra ,Nilai.Semuanya bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,Pulai Chondong.Machang,Kelantan...(MTAQ).

Korang layan la gambar ni...

Memberi ucapan dan amanat


Di Bilik Mesyuarat

Mendengar pesanan dari nazir masjid(dua dari kanan)

Sedei2!!!


Amboi!!laju naaa!!hhahaha


AMANAT PENTING DARI IMAM YUSUF...


Inilah kami...

Credit to:Sahabat2 MTAQ
Guru2 MTAQ
Imam2 Masjid Putra Nilai
Nazir dan Kakitangan masjid


Tanpa anda semua...Siapalah kami.Terima kasih...

p/s:taburkan jasa semaikan budi,jadilah kita warga yg berbakti...

Segalanya bermula disini....bagaimana pula anda??

Assalamualaikum....ape khabar teman2 musafir sekalian.Harap2 korang sihat la selalu.
Alhamdulillah...baru2 ni musafir ade mengikuti satu program di masjid Quaters Sepang,Sepang.
alahhh,dekat je ngan KLIA,musafir pon first time sampai kat sana.

Yg menariknya kali ni,musafir plak jadi peserta program.Biasenye,kite yg conduct program tp kali ni tiba giliran musafir plak untuk dibimbing.Ye la...menuntut ilmu ni x mengira taraf sebab ilmu ni di mana2.Sebagai peserta,kita akan perolehi ilmu sebagai peserta manakala committee plak akan dapat ilmu sebagaimana status tersebut.Akhirnya,kedua2 status akan belajar dari pengalaman.

Semuanya lain,berbeza dari sebelumnya kerana abg2 n kakak2 second year yg conduct program ni tau.diorang buat program ni di bawah anjuran Training Synergy Consultant kalau x silap.Ape pon,secara khulasoh nye memang best sangat.Pengisian yg mudah dfahami dan padat,modul yg hebat n menarik serta dipenuhi ngan aktiviti yg mengujakan.

Senang nk cerita macam ni la,bagi musafir,hakikatnya untuk menjadi seorang dai'e...segalanya telah bermula sekali lg n kali ni di sana,tercetusnya di sana(semangat istiqomah)dalam perjuangkan agama Allah,Selalunya ade naik turun semangat tu...Yg penting kita sama2 membina jalan kejayaan.

Terakhir adalah harap2nya program seumpama ini mampu dianjurkan buat sekali lg,lg dan lg...Maafla pasal kali ni x dapat nk upload gambar sekali.Cukuplah dgn menzahirkan perasaan gembira dan bersemangat.Sekiranya teman2 musafir di luar sana ade pengalaman yg ingin dikongsi...silakan...Akhir kalam,
rasenye masih belum terlambat ubtuk diri ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!!Semoga berjumpa lg...Assalamualaikum...

p/s:bersedia ditarbiah untuk mentarbiah


Friday 5 August 2011

Astaghfirullahalazim....

"Di mana kumpulan si fulan,si fulan,si fulan n si fulan...datang ke depan!!"panggil 'A'.
Keempat2 fulan datang tercungap2..."Ya,kami",jawab mereka."apa maknanya 'son of bitch'?"Tanya si"A".
"Kamu tau tak yang istilah ini begitu kasar,perkataan inilah yg mengkucar-kacirkan masyarakat sejagat!!"


Wau!!dialog di atas sungguh menggundahkan dan secara x sedar mungkin ianya mampu mengguris hati insan tersebut.Pernahkan kalian terfikir yg ianya istilah kasar??Ye la...mungkin x perasan sebelum ni tp cuba fikirkan apakah baik kata2 ini pada seorang insan yg dklasifikasikan sbg anak buangan...hasil dari zina yg terlanjur...maaf?!!bolehkah diterima kalimah 'terlanjur'?

Musafir tidak menyalahkan status anak tersebut tp baikkah penggunaan kalimah tersebut padanya yg dianggap berstatus sedemikian...seorang insan dilahirkan hasil dari hubungan tersebut,tidak berbapa malahan ditinggalkan ibunya tatkala kelahiran ttp cuba untuk meneruskan kehidupan secara solo dan berdikari...
Namun masyarakat hari ini menganggap mereka sudah tiada maruah malahan ada yang mengatakan mereka tidak layak menghuni alam bumi ini....bukanlah menjadi hak kita untuk menghina seseorang...kerana kita sendiri sememangnya adalah hamba ALLAH yg hina...
INGAT!!kita hina orang lain pun belum tentu kita adalah hamba allah yg sempurna dalam segala amalan yg dikerjakan....

Oleh itu,siapakah yg sebenarnya yg bersalah dalam hal ini?pembuang atau yg dibuang?so,betulkah anggapan kita sebelum ni....

Kita menimbulkan suasana tidak harmoni jika istilah ini masih segar berlegar2 dalam kehidupan seharian masyarakat.Media cetak,elektronik,dan sebagainya sering menyiarkan khabaran ini malahan pelbagai ulasan  telah dikemukakan oleh pengulas jemputan dalam proram pengacaraan namun masih lg kurang kekemasan mengekang masalah ini dari terus berlaku...jadi,mungkin boleh disimpulkan yang masyarakat masih kurang kesedaran dan kesannya tentang gejala ini.Ibubapa hendaklah seringkali mengawasi anak2 dan jangan biarkan mereka terlalu bersosial...kerana kami tahu yg ibubapa juga tidak mahu maruah keluarga tercalar dek perbuatan sumbang anak2!!

Apa musafir cuba ketengahkan di sini adalah tentang si pelaku 'hubungan luar nikah' dan juga tidak bertanggungjawab ke atas si kecil yg ditinggalkan.Kes ibubapa yg memberikan anaknya kpd org lain(anak angkat),musafir x nak sentuh soal ni...mungkin ketidakmampuan atau ketidakupayaan mereka...

Wahai saudaraku sekalian ...marilah kita membantu mereka yg memerlukan terutama anak2 pinggiran....mereka punyai hak dan wajar diberikan pelajaran kerana mereka inilah yg akan memimpin,mengubah perihal kemasyarakatan,dan mungkin mencorak masa depan negara.Ketahuilah dan ingatlah...bahawa ZINA ITU HARAM!!tambahan pula,firman Allah dalam al-quran juga telah melarang sekerasnya2 dalam kalangan  hambanya MENDEKATI ZINA!!

Teringat satu kisah dari seorang guru;katanya,"Tika dalam perjalanan pulang dari sekolah,saya ternampak seorang kanak2 di pinggiran jalan,bahang kepanasan mentari yg terik namun setia menunggu pelanggan semata2 menjual satu plastik berisi siput padi,saya berhentikan kereta dan membelinya lalu diagihkan kpd saudara mara namun peristiwa yg sama berulang keesokan harinya.saya tergamam...lantas menyuruh anak itu pulang.Bertanyakan kenapa membanting tulang pada usia sekecil ini....jawapannya"bapa saya yg suruh!!"

Fenomena di atas,mungkin teman2 musafir dapat menilai sendiri betapa rendahnya moral kehidupan masyarakat di Malaysia.Sanggup menggadai hak anak2(pembelajaran) semata2 mencari rezeki lebih.Kesusahan bukanlah faktor tp harus difahami bahawa menjadi tanggungjawab ibubapa mencari nafkah dan memberi pendidikan kpd anak2!!

p/s:kadang2 mereka yg dihina lebih mulia dan berguna dari diri sendiri!!

Wednesday 15 June 2011

sapaan musafir...

Assalam...ape khabar semua pengunjung musafir?maaflah x sempat nak jelmakan diri buat sementara waktu yg cukup lama...musafir dah lama x update laman ni pasal kesibukan dengan kuliah yg bertali arus...ni pon  bukan nak update tapi sekadar sapaan bertanyakan khabar buat teman musafir semua....maafkanlah diri ini....

p/s:daku  insan yg lemah...moga diberi kekuatan Darinya....

Tuesday 17 May 2011

Langkah Tercipta.....membina tunas huffaz

Assalamualaikum dan salam sejahtera....moga2 laman musafir sentiasa dalam bimbinganmu ya Allah...ape khabar buat sahabat musafir?apepun sihat selalu...ha3..pertamanye,saye ingin mengkalungkan ucapan terima kasih kpd follower laman musafir kerana sokongan,dorongan dan ransangan anda amat dialu2kan sebagai baja yang akan menyemai tunas di taman musafir.ye la,saye ni masih lg ketandusan ilmu dalam memperjuangkan karya blog ini.ok!straight to the point....

Prakarsa "Langkah Tercipta"pd kali ini saya bawakan sebagai kesinambungan kpd title "mencari yg maha satu"...kali ni,musafir akan berkongsi pengalaman baru2 ini dalam program Tunas Huffaz...   serba sdikit mengenai program ini adalah anjuran Pusat Tahfiz Al-Hakim Kota Bharu dan dijayakan bersama oleh pelajar MTAQ...saye pun turut dijemput sbg pembimbing kpd peserta program.Pserta adalah terdiri dalam kalangan pelajar form 1 n 2 Maahad Muhammadi Lelaki,Kota Bharu...pengarah program ialah Abdul Muhaimin Abd Manaf.


Pada mulanye..musafir berfikir,camner nk bimbing diorang sepertimane hasrat program...tp berbekalkan dengan  ilmu yg tdk seberapa,akhirnya musafir tawakal  dan berharap agar pandangan dan bimbingan tdk menyimpang drpd kebaikan.Insyaallah..perasaan resah masih ade,alamak?!camner ni?ok2,fikirkan perjuangan perlu diteruskan,mereka (peserta2) amat memerlukan bimbingan,cekalkan hati dan tasbih banyak2!!alhamdulillah,luntur gak kegelisahan...sekarang semangat dah semakin menyemarak.he2..

Baiklah,banyak borak la plak..okey2!!bermula pada waktu malam,sesi ta'aruf adalah sbg muqaddimah program ini...kami memperkenalkan diri secara live n ringkas di Masjid Al-Hakim kpd para peserta.seterusnya,membahagikan kumpulan kpd 8 group.saye punye group paling last laaa...x sangka plak!!ha3..(orang lewat hadir program,biasela.kena reject masuk last group)..ok,x pe2...


Pada sebelah pagi esoknye plak,kami bertahajjud secara berjemaah yang sukacitanya dibimbing oleh al-fadhir As Sheikh Ahmad Faris Ahmadul Kamal dan Prof.Madya Dr.Baasit...

Kelunakan suara yang dipersembahkan oleh mereka begitu memukau para jemaah sehingga kebanyakan jemaah  tersengguk2 mengantuk.ha3....gurau je...Sejurus selepas solat subuh,kami mengajarkan para peserta supaya mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi pd pg jumaat.(Untuk pengetahuan,surah ini mampu mengekang kita dr fitnah al-masih dajjal,korang tahu kan pasal dajjal) So,jadikanlah surah ni sbg amalan... Selepas itu,peserta mengikuti plak senaman pg di bawah kendalian abang fassi ..........breaktime!!peserta disajikan dengan bihun goreng special...boleh tahan gak!!


 
Menjadi kewajipan,suapan pertama adalah untuk rakan anda!!
 

Sesudah sarapan pg,kami(fassilitator) menyambut ketibaan penceramah jemputan iaitu seorang novelis yg semakin memuncak namenya,x asing lg dalam dunia karya,turut aktif dalam memberikan ceramah motivasi d seluruh negara,turut menyandang sbg presiden alumni MTAQ,x len x bukan ialah Us.Ahmad Ubaidillah bin Alias(bekas huffaz MTAQ)...

 Membuka majlis dgn bacaan ayat2 suci al-quran..


Sungguh bergeliga ceramah motivasi yg disampaikan sehingga para peserta terpaku dan terusik jiwa  melihat ketegasan serta celoteh beliau yg mengujakan..

Pada waktu petang,kami membawa para peserta ke  Taman Tengku Anis bagi mengisi masa lapang mereka dgn aktiviti Explorace. Riak muka para peserta menunjukkan begitu berpuas hati setelah mempamerkan aksi penuh cabaran d setiap check point.Di samping itu,tanpa disedari,ramai gak pengunjung kat sini,terutama org cina(mereka memang proaktif kan)...camner kalau melayu sebegini rupa...mesti hebatkan!!
 'check point 1'
 

Selepas waktu maghrib,kami disajikan dengan kuliah oleh seorang penceramah agama(hahahha,x sempat nk kenal la)...camner ble terlupe yek?confuse2!!

Pastu,pada waktu malam,disinilah kemuncak program apabila kami(fassilitator)diminta menzahirkan teknik menghafal dan murajaah(mengulang) al-quran buat para peserta..kami berkongsi masalah,berbincang sesama adik2,mengutarakan pendapat serta menzahirkan kesimpulan masing2..alhamdulillah...kumpulan saye dapat memahami secara 'total' kaedah yang diajukan.
(kalau korang nk tahu,teknik menghafal dan murajaah x de teknik yg khusus kerana 'al quran akan menjaga mereka yg menjaga al quran'....tuntasnya,x salah sekiranya diberikan suatu teknik yang umum ttp adalah lebih khusus pd diri mereka iaitu dgn niat dan kesungguhan menghafal kitab Allah..namun perkongsian  dan tunjuk ajar amat dperlukan bg merealisasikan tunas huffaz ini....)


Ok,selepas itu,pengisian program pd malm itu turut diselangi dengan tayangan perdana yg sekadar menjadi rehlah santai bg menghiburkan lara yg kepenatan..

Kemudian,para peserta dibenarkan rehat.Pada masa yg sama,kami berbincang bagaimana pengaturan majlis pertandingan hafazan dan azan antara peserta.Saya dipertanggungjawabkan untuk menyediakan skema pemarkahan.Tepat pd pkl 12.00 malam,kami lena pejuang......

'Alarm ringing' tepat jam 4.00 pg,rasa letih n malas senantiasa mendominasi diri agar terus hanyut dalam dakapan syaitan...Masyaallah!!Alhamdulillah....daku kuatkan diri,kejutkan kengkawan yg len n then kejut plak para peserta untuk sesi tahajjud berjemaah...pengarah meminta saya n Us. Haji Che Mohd Fuad  mengimami solat tersebut.

Sesudah bersarapan pg,kami kembali merancakkan program dgn mengadakan musabaqah(pertandingan) tahfiz dan azan...pelbagai kerenah dan telatah yg menghibur hati sepanjang musabaqah berlangsung.sepertimana majlis wida' yg sebelumnya,kesedihan pasti menyelubungi tatkala kami saling bermaaf2an antara satu sama lain......isk2!!sedei la plak!!

Ok....baiklah,untuk teman musafir di luar sana,tidak ada bezanya seorang penghafal quran dgn mereka yg sekadar membacanya kerana yg paling penting adalah anda mengamalkan suruhan kitab Allah serta menjaga kesuciannya..Dewasa ini,kita melihat ketulenan kalamullah sering kali dipertikaikan sesetengah masyarakat.Ingatlah!!Tanpa kitab Allah yg suci ini,wujudkah mereka yg berjiwa kental untuk memprjuangkan islam itu sendiri?

'aqidah luntur,ibadah kabur,islam runtuh'
......Elakkan diri dari ibarat tersebut!!


p/s:berjalanlah,bermusafirlah......melihat kebesarannya..

 My group!!hehehe...

Wednesday 27 April 2011

mencari yang maha satu

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat pengunjung laman musafir sekalian.Moga tunas permulaan ini dirahmati allah seadanya...camner nak mula ye?hehehe..sebenarnya masih lagi teruja kerana penglibatan diri dalam karya blog ni...ape yang pasti,saya akan cuba yang terbaik...insyaallah!!


Subjek 'Mencari Yang Maha Satu' yang saya tinta ini sebenarnya menzahirkan kegirangan hati yang tidak terhingga kepada warga SM Vokasional di atas  kerjasama mengikuti program(entah,saye pun lupe nak tanye ape nama program)tapi,yang pasti...ini adalah antara program mentahsinkan ibadah kepada yang Maha Esa.Mereka yang terlibat adalah warga banin(lelaki) sekolah tersebut..

Apabila diminta menjadi fassilitator...WOW!!rasa teruja plak nak terimanya...ye laa..saya ni hanyalah insan yang x seberapa jer..tapi kerana semangat dari kawan2 serta kesedaran diri terhadap mereka yang masih perlukan sokongan dari golongan pembimbing,saya sedar diri,lantas mengikuti program tersebut..saya dalam diam berdoa"(moga diri kami dinaungi rahmat  sepanjang mengendalikan kem ini)"....
Setibanya disana,saya bagai rusa masuk kampung..mane tak nye?!!diorang punye  sekolah banyak luas,besar dan cantik dipandang...hebat2!! X pernah lihat sekolah kementerian punya landskap seindah begini...SUBHANALLAH!!


Sesudah sarapan pagi,kami diberi sdikit taklimat di samping tips mengendalikan kem ini.Satu je saya ingat,jangan layan sangat diorang ni(warga SMV),straight to the point jer!!x pe lah...

Kami diberi peluang berkongsi dengan adik2  SMV untuk memberikan tazkirah ringkas sebagai pengenalan diri...mulanye gugup,tapi kami 'enjoy'dengan suasana ilmiah.,so..semua jadi beres.
Ringkaskan cerita,kami dibahagikan 10 kumpulan(ape yang penting saya yg ke-4)..

Tajuk pertama ialah'Amali Wudhuk'...selesai sahaja sesi penerangan,saya membawa peserta ke pentas amali wudhuk iaitu kolah air di musalla..lain yg dikatakan,lain yg difahami....,yela..ada yg berwudhuk,x ketinggalan gak mereka yg basah kuyup!!hahahha...lantak koranglaa...Ooo..nak mandi yek?!!ni dia"water of segayung"..


Selain itu,pelbagai kemusykilan turut diajukan..saya hanya mencuba yang terbaik..andai tersilap..minta diberi petunjuk Allah(saya x berani lontarkan pendapat mengenai hukum fiqh selain diluar pengetahuan,kalau tersalah nanti,berat la dosa yg ditanggung)astaghfirullah!!sampai satu ketika,bru saya tahu yg 'group 4' adalah peserta2 yg sporting...

Untuk sesi  petang,tajuk seterusnye ialah"Amali Solat".....Alhamdulillah..para peserta dapat menguasai asas2 dalam mendirikan solat.Mungkin berkat dan rahmat lantaran meminta petunjuk dari Allah yang agung....Subhanallah!!

Yang terakhir adalah,sesi perpisahan antara fassilitator dan para peserta....hahaha...
pelbagai kerenah dan ragam saat bertemu dan berpisah namun apa yang kami harapkan adalah rahmat Allah sepanjang program ini berlangsung..moga2 ibadah 'mencari yang maha satu' ini tercapai!!

So,pesanan buat mereka di luar sana adalah,cabaran diluar  lebih hebat dari cabaran  diri.Ingatlah,kesabaran adalah kunci utama menjalani kehidupan yg serba lebih kompleks.Apepun,nikmat dan ujian dr Allah yg akan menentukan perjalanan kita.Kitalah pemimpin ke masa hadapan!!

p/s:Berjalanlah,bermusafirlah...untuk melihat kebesarannya...