Friday 5 August 2011

Astaghfirullahalazim....

"Di mana kumpulan si fulan,si fulan,si fulan n si fulan...datang ke depan!!"panggil 'A'.
Keempat2 fulan datang tercungap2..."Ya,kami",jawab mereka."apa maknanya 'son of bitch'?"Tanya si"A".
"Kamu tau tak yang istilah ini begitu kasar,perkataan inilah yg mengkucar-kacirkan masyarakat sejagat!!"


Wau!!dialog di atas sungguh menggundahkan dan secara x sedar mungkin ianya mampu mengguris hati insan tersebut.Pernahkan kalian terfikir yg ianya istilah kasar??Ye la...mungkin x perasan sebelum ni tp cuba fikirkan apakah baik kata2 ini pada seorang insan yg dklasifikasikan sbg anak buangan...hasil dari zina yg terlanjur...maaf?!!bolehkah diterima kalimah 'terlanjur'?

Musafir tidak menyalahkan status anak tersebut tp baikkah penggunaan kalimah tersebut padanya yg dianggap berstatus sedemikian...seorang insan dilahirkan hasil dari hubungan tersebut,tidak berbapa malahan ditinggalkan ibunya tatkala kelahiran ttp cuba untuk meneruskan kehidupan secara solo dan berdikari...
Namun masyarakat hari ini menganggap mereka sudah tiada maruah malahan ada yang mengatakan mereka tidak layak menghuni alam bumi ini....bukanlah menjadi hak kita untuk menghina seseorang...kerana kita sendiri sememangnya adalah hamba ALLAH yg hina...
INGAT!!kita hina orang lain pun belum tentu kita adalah hamba allah yg sempurna dalam segala amalan yg dikerjakan....

Oleh itu,siapakah yg sebenarnya yg bersalah dalam hal ini?pembuang atau yg dibuang?so,betulkah anggapan kita sebelum ni....

Kita menimbulkan suasana tidak harmoni jika istilah ini masih segar berlegar2 dalam kehidupan seharian masyarakat.Media cetak,elektronik,dan sebagainya sering menyiarkan khabaran ini malahan pelbagai ulasan  telah dikemukakan oleh pengulas jemputan dalam proram pengacaraan namun masih lg kurang kekemasan mengekang masalah ini dari terus berlaku...jadi,mungkin boleh disimpulkan yang masyarakat masih kurang kesedaran dan kesannya tentang gejala ini.Ibubapa hendaklah seringkali mengawasi anak2 dan jangan biarkan mereka terlalu bersosial...kerana kami tahu yg ibubapa juga tidak mahu maruah keluarga tercalar dek perbuatan sumbang anak2!!

Apa musafir cuba ketengahkan di sini adalah tentang si pelaku 'hubungan luar nikah' dan juga tidak bertanggungjawab ke atas si kecil yg ditinggalkan.Kes ibubapa yg memberikan anaknya kpd org lain(anak angkat),musafir x nak sentuh soal ni...mungkin ketidakmampuan atau ketidakupayaan mereka...

Wahai saudaraku sekalian ...marilah kita membantu mereka yg memerlukan terutama anak2 pinggiran....mereka punyai hak dan wajar diberikan pelajaran kerana mereka inilah yg akan memimpin,mengubah perihal kemasyarakatan,dan mungkin mencorak masa depan negara.Ketahuilah dan ingatlah...bahawa ZINA ITU HARAM!!tambahan pula,firman Allah dalam al-quran juga telah melarang sekerasnya2 dalam kalangan  hambanya MENDEKATI ZINA!!

Teringat satu kisah dari seorang guru;katanya,"Tika dalam perjalanan pulang dari sekolah,saya ternampak seorang kanak2 di pinggiran jalan,bahang kepanasan mentari yg terik namun setia menunggu pelanggan semata2 menjual satu plastik berisi siput padi,saya berhentikan kereta dan membelinya lalu diagihkan kpd saudara mara namun peristiwa yg sama berulang keesokan harinya.saya tergamam...lantas menyuruh anak itu pulang.Bertanyakan kenapa membanting tulang pada usia sekecil ini....jawapannya"bapa saya yg suruh!!"

Fenomena di atas,mungkin teman2 musafir dapat menilai sendiri betapa rendahnya moral kehidupan masyarakat di Malaysia.Sanggup menggadai hak anak2(pembelajaran) semata2 mencari rezeki lebih.Kesusahan bukanlah faktor tp harus difahami bahawa menjadi tanggungjawab ibubapa mencari nafkah dan memberi pendidikan kpd anak2!!

p/s:kadang2 mereka yg dihina lebih mulia dan berguna dari diri sendiri!!