Thursday 22 September 2011

ADAB BERBICARA


Assalammualaikum...di sini musafir berbesar hati berkongsi dgn teman2 musafir sekalian mengenai adab berbicara.Musafir nukilkan petikan ini krana rentetan peristiwa yg telah menimpa kawan musafir semasa berpersatuan.Jika anda seorang yg banyak bercakap atau suka bercakap...musafir nasihatkan fahami petikan di bawah dulu yee...

Petikan ini musafir "copy drpd sebuah blog"....terima kasih kpdnya...


1. Semua perbicaraan harus kebaikan, dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan: 


“Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim) 



2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah ra: 
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud) 


3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

 
4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:

"Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami" (HR Muttafaq ‘alaih)

Moga sama2 dapat kita ambil manfaat darinya...Wallhua'lam



Monday 19 September 2011

Kenangan Sebagai Imam Jemputan

Barisan Pelajar Graduan MTAQ


Assalammualaikum....moga kita semua sentiasalah mengingati Allah swt.Kali ni musafir nk mengabadikan kenangan lalu musafir  bersama teman2  yg lain sebagai Imam Jemputan.Ni lah fisrt time musafir mengimami 20 rakaat solat terawih...blom pernah lg musafir buat tp dengan izin Allah swt lantas meyakini,Alhamdulillah....segalanya berakhir dgn baik.

Musafir akui sebenarnya sepanjang tempoh menjadi Imam,khidmat kami adalah kurang memuaskan namun kekurangan itu pd akhirnya kami jadikan iktibar.

Pendek citer...bertugas sbg Imam di Masjid Putra ,Nilai.Semuanya bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,Pulai Chondong.Machang,Kelantan...(MTAQ).

Korang layan la gambar ni...

Memberi ucapan dan amanat


Di Bilik Mesyuarat

Mendengar pesanan dari nazir masjid(dua dari kanan)

Sedei2!!!


Amboi!!laju naaa!!hhahaha


AMANAT PENTING DARI IMAM YUSUF...


Inilah kami...

Credit to:Sahabat2 MTAQ
Guru2 MTAQ
Imam2 Masjid Putra Nilai
Nazir dan Kakitangan masjid


Tanpa anda semua...Siapalah kami.Terima kasih...

p/s:taburkan jasa semaikan budi,jadilah kita warga yg berbakti...

Segalanya bermula disini....bagaimana pula anda??

Assalamualaikum....ape khabar teman2 musafir sekalian.Harap2 korang sihat la selalu.
Alhamdulillah...baru2 ni musafir ade mengikuti satu program di masjid Quaters Sepang,Sepang.
alahhh,dekat je ngan KLIA,musafir pon first time sampai kat sana.

Yg menariknya kali ni,musafir plak jadi peserta program.Biasenye,kite yg conduct program tp kali ni tiba giliran musafir plak untuk dibimbing.Ye la...menuntut ilmu ni x mengira taraf sebab ilmu ni di mana2.Sebagai peserta,kita akan perolehi ilmu sebagai peserta manakala committee plak akan dapat ilmu sebagaimana status tersebut.Akhirnya,kedua2 status akan belajar dari pengalaman.

Semuanya lain,berbeza dari sebelumnya kerana abg2 n kakak2 second year yg conduct program ni tau.diorang buat program ni di bawah anjuran Training Synergy Consultant kalau x silap.Ape pon,secara khulasoh nye memang best sangat.Pengisian yg mudah dfahami dan padat,modul yg hebat n menarik serta dipenuhi ngan aktiviti yg mengujakan.

Senang nk cerita macam ni la,bagi musafir,hakikatnya untuk menjadi seorang dai'e...segalanya telah bermula sekali lg n kali ni di sana,tercetusnya di sana(semangat istiqomah)dalam perjuangkan agama Allah,Selalunya ade naik turun semangat tu...Yg penting kita sama2 membina jalan kejayaan.

Terakhir adalah harap2nya program seumpama ini mampu dianjurkan buat sekali lg,lg dan lg...Maafla pasal kali ni x dapat nk upload gambar sekali.Cukuplah dgn menzahirkan perasaan gembira dan bersemangat.Sekiranya teman2 musafir di luar sana ade pengalaman yg ingin dikongsi...silakan...Akhir kalam,
rasenye masih belum terlambat ubtuk diri ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!!Semoga berjumpa lg...Assalamualaikum...

p/s:bersedia ditarbiah untuk mentarbiah