Friday, 5 August 2011

Astaghfirullahalazim....

"Di mana kumpulan si fulan,si fulan,si fulan n si fulan...datang ke depan!!"panggil 'A'.
Keempat2 fulan datang tercungap2..."Ya,kami",jawab mereka."apa maknanya 'son of bitch'?"Tanya si"A".
"Kamu tau tak yang istilah ini begitu kasar,perkataan inilah yg mengkucar-kacirkan masyarakat sejagat!!"


Wau!!dialog di atas sungguh menggundahkan dan secara x sedar mungkin ianya mampu mengguris hati insan tersebut.Pernahkan kalian terfikir yg ianya istilah kasar??Ye la...mungkin x perasan sebelum ni tp cuba fikirkan apakah baik kata2 ini pada seorang insan yg dklasifikasikan sbg anak buangan...hasil dari zina yg terlanjur...maaf?!!bolehkah diterima kalimah 'terlanjur'?

Musafir tidak menyalahkan status anak tersebut tp baikkah penggunaan kalimah tersebut padanya yg dianggap berstatus sedemikian...seorang insan dilahirkan hasil dari hubungan tersebut,tidak berbapa malahan ditinggalkan ibunya tatkala kelahiran ttp cuba untuk meneruskan kehidupan secara solo dan berdikari...
Namun masyarakat hari ini menganggap mereka sudah tiada maruah malahan ada yang mengatakan mereka tidak layak menghuni alam bumi ini....bukanlah menjadi hak kita untuk menghina seseorang...kerana kita sendiri sememangnya adalah hamba ALLAH yg hina...
INGAT!!kita hina orang lain pun belum tentu kita adalah hamba allah yg sempurna dalam segala amalan yg dikerjakan....

Oleh itu,siapakah yg sebenarnya yg bersalah dalam hal ini?pembuang atau yg dibuang?so,betulkah anggapan kita sebelum ni....

Kita menimbulkan suasana tidak harmoni jika istilah ini masih segar berlegar2 dalam kehidupan seharian masyarakat.Media cetak,elektronik,dan sebagainya sering menyiarkan khabaran ini malahan pelbagai ulasan  telah dikemukakan oleh pengulas jemputan dalam proram pengacaraan namun masih lg kurang kekemasan mengekang masalah ini dari terus berlaku...jadi,mungkin boleh disimpulkan yang masyarakat masih kurang kesedaran dan kesannya tentang gejala ini.Ibubapa hendaklah seringkali mengawasi anak2 dan jangan biarkan mereka terlalu bersosial...kerana kami tahu yg ibubapa juga tidak mahu maruah keluarga tercalar dek perbuatan sumbang anak2!!

Apa musafir cuba ketengahkan di sini adalah tentang si pelaku 'hubungan luar nikah' dan juga tidak bertanggungjawab ke atas si kecil yg ditinggalkan.Kes ibubapa yg memberikan anaknya kpd org lain(anak angkat),musafir x nak sentuh soal ni...mungkin ketidakmampuan atau ketidakupayaan mereka...

Wahai saudaraku sekalian ...marilah kita membantu mereka yg memerlukan terutama anak2 pinggiran....mereka punyai hak dan wajar diberikan pelajaran kerana mereka inilah yg akan memimpin,mengubah perihal kemasyarakatan,dan mungkin mencorak masa depan negara.Ketahuilah dan ingatlah...bahawa ZINA ITU HARAM!!tambahan pula,firman Allah dalam al-quran juga telah melarang sekerasnya2 dalam kalangan  hambanya MENDEKATI ZINA!!

Teringat satu kisah dari seorang guru;katanya,"Tika dalam perjalanan pulang dari sekolah,saya ternampak seorang kanak2 di pinggiran jalan,bahang kepanasan mentari yg terik namun setia menunggu pelanggan semata2 menjual satu plastik berisi siput padi,saya berhentikan kereta dan membelinya lalu diagihkan kpd saudara mara namun peristiwa yg sama berulang keesokan harinya.saya tergamam...lantas menyuruh anak itu pulang.Bertanyakan kenapa membanting tulang pada usia sekecil ini....jawapannya"bapa saya yg suruh!!"

Fenomena di atas,mungkin teman2 musafir dapat menilai sendiri betapa rendahnya moral kehidupan masyarakat di Malaysia.Sanggup menggadai hak anak2(pembelajaran) semata2 mencari rezeki lebih.Kesusahan bukanlah faktor tp harus difahami bahawa menjadi tanggungjawab ibubapa mencari nafkah dan memberi pendidikan kpd anak2!!

p/s:kadang2 mereka yg dihina lebih mulia dan berguna dari diri sendiri!!

Wednesday, 15 June 2011

sapaan musafir...

Assalam...ape khabar semua pengunjung musafir?maaflah x sempat nak jelmakan diri buat sementara waktu yg cukup lama...musafir dah lama x update laman ni pasal kesibukan dengan kuliah yg bertali arus...ni pon  bukan nak update tapi sekadar sapaan bertanyakan khabar buat teman musafir semua....maafkanlah diri ini....

p/s:daku  insan yg lemah...moga diberi kekuatan Darinya....

Tuesday, 17 May 2011

Langkah Tercipta.....membina tunas huffaz

Assalamualaikum dan salam sejahtera....moga2 laman musafir sentiasa dalam bimbinganmu ya Allah...ape khabar buat sahabat musafir?apepun sihat selalu...ha3..pertamanye,saye ingin mengkalungkan ucapan terima kasih kpd follower laman musafir kerana sokongan,dorongan dan ransangan anda amat dialu2kan sebagai baja yang akan menyemai tunas di taman musafir.ye la,saye ni masih lg ketandusan ilmu dalam memperjuangkan karya blog ini.ok!straight to the point....

Prakarsa "Langkah Tercipta"pd kali ini saya bawakan sebagai kesinambungan kpd title "mencari yg maha satu"...kali ni,musafir akan berkongsi pengalaman baru2 ini dalam program Tunas Huffaz...   serba sdikit mengenai program ini adalah anjuran Pusat Tahfiz Al-Hakim Kota Bharu dan dijayakan bersama oleh pelajar MTAQ...saye pun turut dijemput sbg pembimbing kpd peserta program.Pserta adalah terdiri dalam kalangan pelajar form 1 n 2 Maahad Muhammadi Lelaki,Kota Bharu...pengarah program ialah Abdul Muhaimin Abd Manaf.


Pada mulanye..musafir berfikir,camner nk bimbing diorang sepertimane hasrat program...tp berbekalkan dengan  ilmu yg tdk seberapa,akhirnya musafir tawakal  dan berharap agar pandangan dan bimbingan tdk menyimpang drpd kebaikan.Insyaallah..perasaan resah masih ade,alamak?!camner ni?ok2,fikirkan perjuangan perlu diteruskan,mereka (peserta2) amat memerlukan bimbingan,cekalkan hati dan tasbih banyak2!!alhamdulillah,luntur gak kegelisahan...sekarang semangat dah semakin menyemarak.he2..

Baiklah,banyak borak la plak..okey2!!bermula pada waktu malam,sesi ta'aruf adalah sbg muqaddimah program ini...kami memperkenalkan diri secara live n ringkas di Masjid Al-Hakim kpd para peserta.seterusnya,membahagikan kumpulan kpd 8 group.saye punye group paling last laaa...x sangka plak!!ha3..(orang lewat hadir program,biasela.kena reject masuk last group)..ok,x pe2...


Pada sebelah pagi esoknye plak,kami bertahajjud secara berjemaah yang sukacitanya dibimbing oleh al-fadhir As Sheikh Ahmad Faris Ahmadul Kamal dan Prof.Madya Dr.Baasit...

Kelunakan suara yang dipersembahkan oleh mereka begitu memukau para jemaah sehingga kebanyakan jemaah  tersengguk2 mengantuk.ha3....gurau je...Sejurus selepas solat subuh,kami mengajarkan para peserta supaya mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi pd pg jumaat.(Untuk pengetahuan,surah ini mampu mengekang kita dr fitnah al-masih dajjal,korang tahu kan pasal dajjal) So,jadikanlah surah ni sbg amalan... Selepas itu,peserta mengikuti plak senaman pg di bawah kendalian abang fassi ..........breaktime!!peserta disajikan dengan bihun goreng special...boleh tahan gak!!


 
Menjadi kewajipan,suapan pertama adalah untuk rakan anda!!
 

Sesudah sarapan pg,kami(fassilitator) menyambut ketibaan penceramah jemputan iaitu seorang novelis yg semakin memuncak namenya,x asing lg dalam dunia karya,turut aktif dalam memberikan ceramah motivasi d seluruh negara,turut menyandang sbg presiden alumni MTAQ,x len x bukan ialah Us.Ahmad Ubaidillah bin Alias(bekas huffaz MTAQ)...

 Membuka majlis dgn bacaan ayat2 suci al-quran..


Sungguh bergeliga ceramah motivasi yg disampaikan sehingga para peserta terpaku dan terusik jiwa  melihat ketegasan serta celoteh beliau yg mengujakan..

Pada waktu petang,kami membawa para peserta ke  Taman Tengku Anis bagi mengisi masa lapang mereka dgn aktiviti Explorace. Riak muka para peserta menunjukkan begitu berpuas hati setelah mempamerkan aksi penuh cabaran d setiap check point.Di samping itu,tanpa disedari,ramai gak pengunjung kat sini,terutama org cina(mereka memang proaktif kan)...camner kalau melayu sebegini rupa...mesti hebatkan!!
 'check point 1'
 

Selepas waktu maghrib,kami disajikan dengan kuliah oleh seorang penceramah agama(hahahha,x sempat nk kenal la)...camner ble terlupe yek?confuse2!!

Pastu,pada waktu malam,disinilah kemuncak program apabila kami(fassilitator)diminta menzahirkan teknik menghafal dan murajaah(mengulang) al-quran buat para peserta..kami berkongsi masalah,berbincang sesama adik2,mengutarakan pendapat serta menzahirkan kesimpulan masing2..alhamdulillah...kumpulan saye dapat memahami secara 'total' kaedah yang diajukan.
(kalau korang nk tahu,teknik menghafal dan murajaah x de teknik yg khusus kerana 'al quran akan menjaga mereka yg menjaga al quran'....tuntasnya,x salah sekiranya diberikan suatu teknik yang umum ttp adalah lebih khusus pd diri mereka iaitu dgn niat dan kesungguhan menghafal kitab Allah..namun perkongsian  dan tunjuk ajar amat dperlukan bg merealisasikan tunas huffaz ini....)


Ok,selepas itu,pengisian program pd malm itu turut diselangi dengan tayangan perdana yg sekadar menjadi rehlah santai bg menghiburkan lara yg kepenatan..

Kemudian,para peserta dibenarkan rehat.Pada masa yg sama,kami berbincang bagaimana pengaturan majlis pertandingan hafazan dan azan antara peserta.Saya dipertanggungjawabkan untuk menyediakan skema pemarkahan.Tepat pd pkl 12.00 malam,kami lena pejuang......

'Alarm ringing' tepat jam 4.00 pg,rasa letih n malas senantiasa mendominasi diri agar terus hanyut dalam dakapan syaitan...Masyaallah!!Alhamdulillah....daku kuatkan diri,kejutkan kengkawan yg len n then kejut plak para peserta untuk sesi tahajjud berjemaah...pengarah meminta saya n Us. Haji Che Mohd Fuad  mengimami solat tersebut.

Sesudah bersarapan pg,kami kembali merancakkan program dgn mengadakan musabaqah(pertandingan) tahfiz dan azan...pelbagai kerenah dan telatah yg menghibur hati sepanjang musabaqah berlangsung.sepertimana majlis wida' yg sebelumnya,kesedihan pasti menyelubungi tatkala kami saling bermaaf2an antara satu sama lain......isk2!!sedei la plak!!

Ok....baiklah,untuk teman musafir di luar sana,tidak ada bezanya seorang penghafal quran dgn mereka yg sekadar membacanya kerana yg paling penting adalah anda mengamalkan suruhan kitab Allah serta menjaga kesuciannya..Dewasa ini,kita melihat ketulenan kalamullah sering kali dipertikaikan sesetengah masyarakat.Ingatlah!!Tanpa kitab Allah yg suci ini,wujudkah mereka yg berjiwa kental untuk memprjuangkan islam itu sendiri?

'aqidah luntur,ibadah kabur,islam runtuh'
......Elakkan diri dari ibarat tersebut!!


p/s:berjalanlah,bermusafirlah......melihat kebesarannya..

 My group!!hehehe...

Wednesday, 27 April 2011

mencari yang maha satu

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat pengunjung laman musafir sekalian.Moga tunas permulaan ini dirahmati allah seadanya...camner nak mula ye?hehehe..sebenarnya masih lagi teruja kerana penglibatan diri dalam karya blog ni...ape yang pasti,saya akan cuba yang terbaik...insyaallah!!


Subjek 'Mencari Yang Maha Satu' yang saya tinta ini sebenarnya menzahirkan kegirangan hati yang tidak terhingga kepada warga SM Vokasional di atas  kerjasama mengikuti program(entah,saye pun lupe nak tanye ape nama program)tapi,yang pasti...ini adalah antara program mentahsinkan ibadah kepada yang Maha Esa.Mereka yang terlibat adalah warga banin(lelaki) sekolah tersebut..

Apabila diminta menjadi fassilitator...WOW!!rasa teruja plak nak terimanya...ye laa..saya ni hanyalah insan yang x seberapa jer..tapi kerana semangat dari kawan2 serta kesedaran diri terhadap mereka yang masih perlukan sokongan dari golongan pembimbing,saya sedar diri,lantas mengikuti program tersebut..saya dalam diam berdoa"(moga diri kami dinaungi rahmat  sepanjang mengendalikan kem ini)"....
Setibanya disana,saya bagai rusa masuk kampung..mane tak nye?!!diorang punye  sekolah banyak luas,besar dan cantik dipandang...hebat2!! X pernah lihat sekolah kementerian punya landskap seindah begini...SUBHANALLAH!!


Sesudah sarapan pagi,kami diberi sdikit taklimat di samping tips mengendalikan kem ini.Satu je saya ingat,jangan layan sangat diorang ni(warga SMV),straight to the point jer!!x pe lah...

Kami diberi peluang berkongsi dengan adik2  SMV untuk memberikan tazkirah ringkas sebagai pengenalan diri...mulanye gugup,tapi kami 'enjoy'dengan suasana ilmiah.,so..semua jadi beres.
Ringkaskan cerita,kami dibahagikan 10 kumpulan(ape yang penting saya yg ke-4)..

Tajuk pertama ialah'Amali Wudhuk'...selesai sahaja sesi penerangan,saya membawa peserta ke pentas amali wudhuk iaitu kolah air di musalla..lain yg dikatakan,lain yg difahami....,yela..ada yg berwudhuk,x ketinggalan gak mereka yg basah kuyup!!hahahha...lantak koranglaa...Ooo..nak mandi yek?!!ni dia"water of segayung"..


Selain itu,pelbagai kemusykilan turut diajukan..saya hanya mencuba yang terbaik..andai tersilap..minta diberi petunjuk Allah(saya x berani lontarkan pendapat mengenai hukum fiqh selain diluar pengetahuan,kalau tersalah nanti,berat la dosa yg ditanggung)astaghfirullah!!sampai satu ketika,bru saya tahu yg 'group 4' adalah peserta2 yg sporting...

Untuk sesi  petang,tajuk seterusnye ialah"Amali Solat".....Alhamdulillah..para peserta dapat menguasai asas2 dalam mendirikan solat.Mungkin berkat dan rahmat lantaran meminta petunjuk dari Allah yang agung....Subhanallah!!

Yang terakhir adalah,sesi perpisahan antara fassilitator dan para peserta....hahaha...
pelbagai kerenah dan ragam saat bertemu dan berpisah namun apa yang kami harapkan adalah rahmat Allah sepanjang program ini berlangsung..moga2 ibadah 'mencari yang maha satu' ini tercapai!!

So,pesanan buat mereka di luar sana adalah,cabaran diluar  lebih hebat dari cabaran  diri.Ingatlah,kesabaran adalah kunci utama menjalani kehidupan yg serba lebih kompleks.Apepun,nikmat dan ujian dr Allah yg akan menentukan perjalanan kita.Kitalah pemimpin ke masa hadapan!!

p/s:Berjalanlah,bermusafirlah...untuk melihat kebesarannya...